fbpx

Buat apa nak pergi Jepun kalau anda boleh jejakkan kaki ke outlet atau kedai JONETZ by DON DON DONKI ini? Meriah gais meriah! Haha. Geram jer nengoknya kalau masuk ke dalam kedai ini tau. Macam-macam ada.

Kami yakin kalau anda datang ke JONETZ by DON DON DONKI ini sudah semestinya anda rambang mata nak membuat pilihan. Nak ape? Pelbagai barangan seperti barangan runcit, barangan rumah, kosmetik, dan banyak lagi termasuk makanan yang semestinya halal pun ada! OMG. Yang penting semua produk dari Jepun! Jangan ‘sesat’ sudahlah. Haha!

Dah Buka Outlet Baharu!

Kalau sebelum ini, outlet pertama dorang di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur, ini ha berita baik untuk anda, sekarang ini dorang dah launch pembukaan kedai atau outlet baharu kedua mereka di Tropicana Gardens Mall. Ini outlet terbesar di ASEAN tau. Wuu..Excited betul.

Yang paling syoknya, untuk outlet kedua di Tropicana Gardens Mall ini, mereka menawarkan pelbagai produk Jepun dan ada bahagian baharu seperti bahagian halal, CosmeDONKI dan medan selera Yatai. Wow, weh tak sabar nak terjah gais!

Confirm Teruja

Anda nak tahu tak untuk bahagian baharu ini, confirm buat anda tak berganjak ke tempat lain tau. Jom kita tengok sikit apa yang istimewa sangat tu.

Bahagian Halal

Kalau bab bahagian halal ni memang betul best. Di sini, dorang membawa masuk lebih banyak produk yang disahkan Halal, terutamanya barangan runcit dan kuih-muih. Ini semua khas untuk memenuhi keperluan pelanggan Muslim. Haa, lepas ni kalau anda nak beli makanan tu takdelah nak was-was lagi. Hiks!

Kalau anda nak tahu, daging-dagingnya pun semua halal. Dari Wagyu A5 kepada daging lembu Angus Hitam Australia. Untuk daging lembu Omi semuanya dari persekitaran semula jadi yang kaya di wilayah Shiga, setanding dengan daging wagyu Kobe dan Matsusaka tau. Hebat!

Semua daging lembu ini dipotong menggunakan peralatan paling ohsem dari Jepun dan dilakukan oleh tukang daging yang terlatih. Yang penting, harga yang berpatutan dan kualiti padu!

CosmeDONKI

Anda pasti tidak mahu terlepas bahagian kosmetik Jepun! Untuk CosmeDONKI ini, dorang menjual produk kesihatan dan juga kecantikan berkualiti tinggi termasuk produk eksklusif DONKI juga. Girls, inilah syurga anda! Kalau kami kat sini nih, berjam-jam pilih barang. Haha…

Lipstik, blusher, bedak? Semua ada weh. Produk terkenal seperti DHC dan K-palette pun turut dijual di sini tau. Korang kena pergi sebab banyak produk yang anda sendiri tak jangka pun ada di sini tau!

Psst, sebelum tu kami nak bagitahu dulu dua produk kesihatan dan kecantikan terlaris Jepun yang yang anda kena masuk dalam list barang yang perlu dibeli nanti. Tengok ni.

1. Hatomugi Skin Lotion

– Mengekalkan kulit sentiasa lembap dan glowing.
– Sangat melembapkan, tidak melekit, membantu menyuburkan kulit yang teriritasi, kering mengekalkan kesegarannya.
– Mengurangkan keradangan selepas terkena selaran matahari. (sunburn)
– Boleh digunakan di muka dan juga badan.

2. Horse Oil Shampoo EX dan Conditioner EX

– Selalunya ramai orang mesti beli barang ni kalau melancong ke Jepun.
– Ia juga membantu memperbaiki rambut yang rosak dan menjadikan rambut anda lembut dan licin.
– Penjagaan mendalam ini lebih berkesan untuk rambut anda jadi lebih ‘sutera’ dan berkilat.

Yatai

Kalau anda nak tahu, Yatai ni adalah kiosk atau gerai makanan yang terkenal terutamanya semasa percutian musim panas di Jepun.

Reka bentuk Yatai ini diinspirasikan daripada Kereta Api Peluru Jepun, yang dikenali sebagai Shinkansen. Yatai juga menawarkan makanan jalanan Jepun yang terkenal. Kalau anda datang sini, wajib beli tau makanan dorang. Confirm esok tu datang balik. Hehe.

Apa lagi yang ada kat situ nanti? Jom usha!

1. Yatai
– Sembilan gerai berbeza yang menjual makanan Jepun yang unik seperti Takoyaki, Dorayaki Soft Serve, Oden dan banyak lagi
– Keropok nasi Senbei pun sedap. Snek rangup yang sangat menarik
– Ubi Keledek Bakar Signature yang dikenali sebagai “Yaki-Imo” ini pun menarik gais. Ada ramuan khas DONKI yang dibakar dengan teliti pada suhu tinggi selama sejam. Makan ini menyihatkan tau. Penuh dengan kemanisan semula jadi dan juga pemakanan yang tinggi!

2. Sushi & Delica
– Manjakan diri anda dengan sushi, bento, sashimi kegemaran anda dan banyak lagi!
– Makanan laut Jepun segar yang diterbangkan dari Jepun ini adalah yang paling segar dan paling sedap.
– Sushi yang paling disyorkan ialah Salmon Aburi Mentaimayo dan Honmaguro Otoro Nigiri.
– Banyak lagi pilihan untuk Japanese Delica

3. Pencuci mulut
– Pelbagai pencuci mulut Jepun seperti Mille Crepe dan Cream Daifuku.
– Daifuku ialah pencuci mulut tradisional yang popular di Jepun
– Krim Daifuku ialah pencuci mulut Jepun yang baharu, terdiri daripada mochi bulat yang disumbat dengan krim. Tekstur mochi lembut dan merupakan gabungan hebat inti manis dan krim putar. So yummeyyhh.

Lagumana gais? Power tak power? Itulah tiga bahagian baharu yang anda kena usha-usha tau. Tapi jangan dilupakan produk jenama DON DON DONGKI sendiri; Jonetsu Kakaku yang memiliki pelbagai pilihan makanan ringan dan juga barangan runcit. Make sure anda cuci mata tengok tau bila dalam outlet tu nanti!

Eh! Ada Special Promo Gais

Sempena pembukaan JONETZ by DON DON DONKI ini, ada promosi istimewa untuk anda grab! Meh usha cepat.

1. Promosi dalam kedai

Haa, kalau anda datang sini, anda boleh nikmati harga terbaik buah-buahan bermusim import dan daging lembu premium dari Jepun tau. Woah!

Bukan itu jer, anda juga boleh nikmati tawaran eksklusif ahli aplikasi mudah alih dan peroleh “dMiles”.

Ada lagi gais, hadiah percuma turut akan diberikan kepada anda iaitu
– Beg Tote Donpen terhad dengan min. pembelian RM200 (dari 10hb – 12hb Dis dan terhad kepada 500 penebusan pertama setiap hari)
– Baucar hadiah RM20 percuma apabila membelanjakan RM300 untuk semua ahli kad UOB Bank & RM350 untuk bukan ahli kad UOB Bank (dari 10hb – 12hb Dis, terhad kepada 100 penebusan pertama setiap hari)
– Nikmati rebat RM15 untuk pengguna GrabPay dengan min. belanja RM150 (Promosi dari 10 Dis hingga 15 Jan 2022)

Amacam gais? Padu ke idok? Jom kita tengok promosi dalam talian pula.

2. Promosi dalam talian

Sekiranya anda beli di Shopee semasa Festival 12.12 nanti, anda dapat menikmati diskaun dan baucar istimewa!

Jadi, apa lagi, jangan ketinggalan tau. Bukan selalu DON DON DONKI nak buat promosi giler macam ni tau.

Jom Muat turun Aplikasi DONKI

Oh ya, bagi anda yang belum lagi ada aplikasi mudah alih DONKI ini, cepat-cepat download dalam fon canggih anda tu.

Bukan apa, kalau anda download aplikasi ini, anda akan memperoleh mata yang dikenali sebagai “dMiles” sambil menerima hadiah kejutan hari lahir, menebus kupon eksklusif dan banyak lagi faedah menarik yang pasti buat anda tak menyesal muat turun aplikasi ini yer.

Keahlian PERCUMA tau kalau anda memuat turun aplikasi DONKI dan mendaftar dengan nama, alamat e-mel dan tarikh lahir anda. Haa, dok tunggu apa lagi, cepat ler!

Okay gais, nanti jangan lupa pergi jamu mata di DON DON DONKI tu. Semuanya pasti menepati citarasa anda nanti. Gituw. Oh ya, dah alang-alang anda baca artikel ni, apa kata anda kongsikan sekali berita baik ini dengan bestie anda okay. Sayonara!

JONETZ by DON DON DONKI @ Tropicana Gardens Mall
Alamat : Level CC-G, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Website | Facebook | Instagram