“Mama Kata Saya Rap Sedap, Takkan Dia Nak Tipu?”
Nampaknya anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kini semakin mendapat perhatian dalam bidang seni apabila sudah bergelar pelakon dan penyanyi.
Pernah dikecam teruk apabila dikatakan tidak mampu rap dengan baik ketika bersiaran secara langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamileen menerima kritikan dengan hati terbuka.
BACA: DSV Dedah Cik B Nak Masuk Sekolah Tahfiz
Cik B berkata dia akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini. Bagaimanapun, Cik B berkata baginya rap nyannyiannya sedap, malah ibunya turut mengatakan perkara sama.
“Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap. Tak tahulah…ketika itu saya rasa ‘down’ kerana merasakan adakah suara saya tak sedap?
“Mama kata sedap, takkanlah dia nak tipu? Cuma ketika itu saya ‘down sekejap saja dan Insya-Allah saya akan buktikan boleh buat dengan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B mengatakan ibunya meminta dia menguruskan badan supaya bunyi nafasnya ketika menyanyi tidak terlalu kedengaran.
- SUMBER
- Media Hiburan
Adik ooiiii….mak x tipu tapi sesetengah orang mempunyai level kepuasan muzik yang rendah. Atau dia x pernah dengar rap yang hebat. Maka nya, rap yang ala2 budak tadika memperkenalkan diri hari pertama sekolah pun, bg seseorang tu dah wow! Grammy materials!
Kalau nak meningkatkan mutu, kena mintak penilaian dari penyanyi rap yang hebat.kurang2 pun level asia tenggara. Klu orang yg rendah pengalaman dan ilmu muzik menilai kita, mutu kita biasanya rendah.
terlampau lah bodoh sangat sampai tak terkeluar komen lahanat aku
Tanya kat org tuli seni muzik memang LA semua sedap..
Mak akak cakap akak ni dah layak sgt jadi MS UNIVERSE. Confirm mak akak x tipu. Sekarang, nak pegi berlatih cat walk jap. Ok bye.
Mak akak kata akak ni layak sangat dah jadi MS UNIVERSE. Confirm mak akak tak tipu. Sekarang akak nak pegi berlatih cat walk. Ok bye
Rap pun guna suara robot
Hahahaha….kelakar n kelaut fmly ni
Hahahaha….kelakar n kelaut fmly ni..gila glamour
Bagus budak ni, dengar cakap mak segala bagai. Heheheeh…Mohon dengarkan suara rap anda kepada syarikat muzik di US. Mana tau blh membina kerjaya di sana macam Yuna.
Nk mintak nasihat org tu tngk la kelayakkan dia atau pencapaian dia atau pengalaman dia dlm bidang tu. Adakah mak awak tu pakar dlm muzik?
Kalo cik B dh mula rap..
Kesian la kat rappers d Malaysia ni..
Xleh cari makanla jwb nya depa
Mak mane yg nk kutuk anak sendiri. Sedo la diri dik.
Cik B trylah masuk Show Me The Money. Biar juri kritik kau mcm mna. Kalau aku nyanyi depan mak aku pun dia kata sedap. Mak ko vida tu nk jaga hati ko je. If you can’t rap and if you want to learn it, go and find the expert who want ro teach you about rap