fbpx

DSV Dedah Cik B Nak Masuk Sekolah Tahfiz

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan bahawa anaknya, Cik B ada meluahkan keinginan untuk masuk sekolah tahfiz.

DSV berkata dia tidak menyangka anaknya itu mempunyai keinginan tersebut dan tidak pernah menghalang pilihan Cik B jika itu yang dimahukannya.

BACA: Cik B Mula Belajar Menjahit, DSV Doakan Anaknya Jadi Perempuan Sejati

“Cik B pernah cakap kepada saya dia nak masuk sekolah tahfiz, Kalau ada sekolah tahfiz wanita dia memang nak masuk. Saya sendiri tidak sangka dia ada keinginan tersebut.

“Mengenai persekolahannya pula, buat masa ini dia masih bersekolah seperti biasa, cuma da?am keadaan Covid-19 sekarang ini, dia jarang pergi sekolah,” katanya.

Kata DSV, dia juga mempunyai perancangan untuk menghantar anaknya itu menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang Kejuruteraan Komputer.

“Kalau boleh saya memang nak hantar Cik B belajar ke luar negara, malah dia menyatakan minat untuk sambung belajar di Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun, ini semua adalah dalam perancangan dan saya akan menyokong apa sahaja yang dia inginkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik B mengakui pelajarannya sedikit terganggu sejak aktif dalam bidang seni apatah lagi dia terpaksa berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap minggu.

“Tidak dinafikan memamg pelajaran saya terganggu memandangkan banyak job dibuat di Kuala Lumpur.

“Namun begitu, saya akan cuba berusaha untuk catch up kembali setiap pelajaran yang tertinggal,” ujarnya.