fbpx

Malaysia Pemenang Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEA, Kali Kedua Berturut

Bukan selalu kami buat entri berkaitan isu semasa negara, lebih lebih lagi berita sukan yang memang jauh dari hati editor kami yang tidak gemarkan gaya hidup sihat. Ceh.

Ini entri dedikasi kami buat pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat emas Sukan SEA buat kali kedua selepas menundukkan Indonesia.

Malaysia menang menerusi penentuan penalti selepas terikat di waktu permainan & tambahan — 5-4 keputusan penuh perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Rakan media, Falihin Jasmy ada mengumpulkan reaksi selebriti Malaysia di’Twitter atas kemenangan malam tadi dan kami tertarik dengan janji Neelofa.

Neelofa menulis yang beliau berhajat untuk menjemput seluruh pasukan bola sepak Sukan SEA Malaysia untuk satu makan malam. Kita nantikan sahaja kalau ini benar menjadi kenyataan.

Sekali lagi, tahniah buat seluruh pasukan dan tidak boleh di’nafikan Khairul Fahmi Che Mat menjadi salah satu faktor utama kemenangan malam ini. Selamanya, Harimau Malaya! – Gambar ihsan The Star