Malaysia Ke Final, Che Ta Pakai Gaun Ke Stadium
Semalam merupakan hari yang paling membanggakan buat rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak negara berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Kegembiraan tersebut turut dirai oleh keluarga pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Baru-baru ini, penampilan Che Ta ke stadium pada perlawanan Sabtu lalu menjadi perhatian dan bualan ramai. Rata-rata netizen tidak senang duduk melihat Che Ta yang tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu.
BACA: Che Ta Nafi Ke Mahkamah Syariah Tuntut Cerai
Tidak kurang juga ada netizen berpendapat dengan keadaan stadium yang panas pasti akan berpeluh dengan penampilan sebegitu. Namun, menerusi Instagram, rakan baik pelakon itu iaitu Anas Zahrin memberitahu Che Ta bakal membuat kejutan dengan menggayakan gaun pada perlawanan akhir itu nanti.
Rata-rata peminatnya menyokong cadangan tersebut serta memberikan idea agar Che Ta memakai gaun hitam kuning mengikut warna tema jersi pasukan bolak sepak kebangsaan. Ada segelintir netizen mengatakan, jika Che Ta memakai gaun ke stadium pasti ramai yang tak senang nak tengok bola kerana mata akan tertumpu kepadanya.
Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik. Boleh dikatakan ramai wanita kagum dengan Che Ta yang sentiasa yakin dengan apa yang digayakan olehnya. Apa pun pasti ramai yang tak sabar melihat penampilan Che Ta di aksi final nanti.
Janji pakai baju. …..
Ok… Siapa yg pergi stadium… Bawak teloq busuk ya… Nampak mahluk pelik pakai gaun, bulu Mata pelesu bertingkek tingkek… korang baling teloq busuk kat mahluk pelik tu…
Telur busuk tu la sesuai baling kat mulut kau. Dia bukan buat salah pun. Jeles sangat di dah kenapa? Tak dapat tiket vip ke? ?
Takde heran nya orang kat ticket VIP. Betul ke Che Ta tu tengok bola? Bola atas padang ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang……Mata Juling Che Ta tetap pandang ke atas, kepala teleng ke kiri…. hahahahaha
Jeles ke. Hati mau bersih sis.
Takut ke Che Ta? Kelakuan jangan membatak tak kena tempat.
Hmm ..mmg sukati la dia nk pki apa..tp tk rimas ka tu dgn rmi org..tmpt sempit..jap lg tersungkur kena pijak..alahai che ta…
Bagus tu cek tah… pakai ape pun tetap lawa… x putus2 memberi semangt
bagus tu..senang la cleaner kat situ nanti…takyah nak sapu sapu dah….dah ada penyapu limited edisen punya…siap pakej bulu mata sekali…hehee