fbpx

Che Ta Nafi Ke Mahkamah Syariah Tuntut Cerai

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Rozita Che Wan telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah, namun menarik semula. Ditanya mengenai hal itu, Che Ta menafikan perkahwinannya dengan Zain Saidin, sedang bergolak.

BACA: Che Ta Bengang Hetty Sarlene Tiru Rekaan Baju?

“Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul”

“Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis. Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan,” katanya.

Minggu lalu, satu laporan menyiarkan gosip mengatakan rumah tangga seorang pelakon cantik bergolak hingga menfailkan penceraian. Pasangan itu turut digambarkan sering bercuti ke luar negara bersama keluarga.

Selain itu laporan tersebut turut memberi bayangan sikap penyayang suami berkenaan terhadap anak-anak di perkahwinan terdahulu. Ramai mendakwa pasangan terbabit adalah Che Ta dan suami.

Kami juga tidak pasti siapakah pasangan terbabit. Kalau Che Ta dah nafikan, mungkin netizen tersilap artis agaknya. Harapnya Che Ta dan suami baik-baik saja dan bahagia seperti biasa. (rtky/w)