fbpx

Makin Manja Sejak Hamil, Fazura Tak Nak Lepas Fattah Keluar Rumah

Bakal menimang anak sulung dijangka pada Oktober depan, Fattah Amin akui sangat teruja menantikan kelahiran cahaya matanya bersama isteri, Nur Fazura. Fattah berkata dia tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman bergelar seorang bapa.

BACA: Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Fazura Makin Kuat Makan

“Saya teruja sebab perasaan jadi seorang bapa tu saya tak pernah alami. Apabila baby lahir, dukung anak saya sendiri.

“Adik saya pun baru melahirkan, tapi perasaan pegang dan dukung baby dia tu tak sama, itu yang saya nantikan,” katanya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai kerenah Fazura sejak hamil, Fattah berkata isterinya itu semakin manja dan tidak mahu dia keluar untuk menjalani penggambaran. Namun, Fazura seorang yang memahami memandangkan dia juga berada dalam industri yang sama.

“Apabila Faz hamil, dia punya manja…siap cakap kalau boleh tak nak saya pergi shooting. Tapi saya kata tak boleh la sampai macam tu, nasib baik Fazura memahami,” katanya.

Mengulas mengenai jantina cahaya mata sulung mereka, Fattah berkata dia dan Fazura merahsiakannya kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita itu. Fattah berkata mereka tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat dan sempurna.

“Suprise! Nanti kami akan beritahu, biarlah peminat rasa teruja apabila diumumkan nanti. Kami tak kisah lelaki atau perempuan sebab yang penting bayi tu sempurna dan sihat. Itu sahaja yang kami harapkan,” katanya.