Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Fazura Makin Kuat Makan
Bakal bersalin anak sulungnya pada Oktober depan dan usia kandungannya kini sudah memasuki enam bulan, Fazura mengakui semakin kuat makan. Fazura berkata dirinya sihat-sihat sahaja dan tiada sebarang alahan.
Menurut Fazura, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini dia mengambil peluang untuk menjaga diri dan kandungan. Timbul spekulasi bakal melahirkan bayi perempuan, Fazura mengakui masih belum tahu jantina anaknya.
BACA: Fazura Luah Rasa Sayu Teringatkan Arwah Ayah
“Saya sihat sahaja, tiada sebarang alahan dan makin kuat makan. Ada yang kata bayi lelaki dan ada meneka bayi perempuan. Pada saya, lelaki atau perempuan itu perkara kedua,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Fazura meminta kepada peminatnya utnuk mendoakan agar anak dalam kandungannya sihat-sihat sahaja dan selamat melahirkan. Malah, Fazura berkata dia belum lagi membeli barangan keperluan bayi.
“Apa yang penting, doakan semoga bayi ini sihat dan saya selamat bersalin. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,” katanya.
April lalu, Fazura mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Apa pun semoga proses kehamilan Fazura berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
- SUMBER
- BH Online
Cantik…. baby girl kompirm!
suka faz simple tpi pakai apa pun ttp cantik xyah bergigih… effortless sgt yg engko makeup bedak sajer dah 2 kilo last2 org ingt geng sajat lol
Baby of the year …satgi mula lah Jah Lop pun buat kontroversi murahan masok Zouk bagai lgi koh x3
rindu nk tengok abg patah berlakon
Primadona pilihan ko hado tropi best actress?
taste tengok peha fattah
perasannya fan dia ni, belum apa2 lagi dah declare baby of the year.. euwww
Baby of the year mmg betul. Dulu Aisyah, Afiyah … mungkin Ogos nanti Ashiaah pulek
alamak habislah makanan. kimk kuat makan. patutlah ramai kebuluran dimakan kimk rupa2nya makanan tu
bukan ke mereka atau fans mereka nak nama anak tu fatima azzahrah? sorry kalo tersilap sbb aku bkn karatz fattzura