Makcik Petir Sudah Tiada, Noryati Taib Meninggal Dunia
Pelakon Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi tadi di usia 63 tahun.
Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi Facebook pagi tadi. Anak saudaranya, yang juga pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsikan di Instagram.
BACA: Makcik Petir Positif Covid-19
“Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.
Terdahulu, BH Online melaporkan, Allahyarham disahkan positif COVID-19, pada 3 Februari 2021. Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG).
Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya…Aamin.
Innalillahiwainnailaihiraajiunn..semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin dan orang2 yang beriman.Aaminn.
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga.
Innalillahiwainnailaihiraajiunn.. al-fatihah (dibaca).. semoga Allah tptkn arwah bersama para solihin.. ayah saya juga baru meninggal seminggu lepas disbbkn c-19.. bila bc berita kematian gini lg terasa sedihnye.. stay strong family m.cik noryati..
Alfatihahh utk ayah awak yer dik. Tabah yer..semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman dan solihin. Aminn
Alfatihahh untuk makcik, Saya doakan agar almarhummah ditempatkan di kalangan org yg beriman dan solihin. Aminn.
Saya minat sgt dia berlakon..alfatihah utk arwah
Tq @ jun 2.02pm.. :-)