Syed Saddiq, Bella Astillah Buat Kejutan Bawa Mama & Abuya Tunai Umrah 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsikan khabar gembira bakal menunaikan umrah bersama isterinya, Bella Astillah pada Januari tahun hadapan.

Lebih manis, Syed Saddiq turut membuat kejutan buat kedua ibu bapanya yang sentiasa berada disisi ketika dia berdepan ujian untuk turut bersama menunaikan umrah.

BACA: “Jangan Keluarkan Perkataan Kesat, Akan Berbalik Kepada Kita” – Ibu Syed Saddiq Kongsi Cara Didik Anak

“Perjalanan ini mungkin sudah cukup indah, tetapi tidak akan pernah terasa sempurna tanpa dua insan yang sentiasa ada di sisi dalam setiap jatuh dan bangun.

“Mereka yang tidak pernah berhenti mendoakan walaupun ketika dunia seakan tidak menyebelahi saya,” tulisnya.

Menurut Saddiq lagi, dia sudah berjanji dengan ibu bapanya untuk membawa menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi.

Sementara itu, ibu bapa Syed Saddiq mengatakan sebenarnya mereka turut menyimpan hasrat untuk membawa anak menantunya itu menunaikan umrah selepas perkahwinan namun mereka yang mendapat kejutan tersebut. 

×