fbpx

Perkongsian pelakon Mak Wan Latah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya sedang berkaraoke sehingga menerima kecaman ramai.

Susulan video tersebut, ada netizen mendakwa perbuatannya itu mungkin menjadi punca pelakon itu diceraikan suami.

BACA: Mak Wan Belum Sedia Fikir Untuk Kahwin Lagi, Risau Pisang Berbuah Empat Kali

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan berkata dia karaoke merupakan salah satu cara dirinya untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaraoke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri. Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu,” katanya seperti dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Mak Wan turut memohon kepada netizen supaya tidak cepat meletakkan hukum dan perceraiannya dengan bekas suami sudah pun tertulis.

“Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai. Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan Mak Wan pada 22 Januari lalu berakhir dengan talak satu selepas bekas suaminya itu melafazkan cerai dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Rabu lalu.