fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon veteran Mak Wan Latah yang baru sahaja bercerai selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Memetik Kopi Planet, Mak Wan reda dengan apa yang berlaku bagaimanapun dia belum terfikir untuk kembali berumah tangga buat masa ini.

BACA: Reda Perkahwinan Hanya Bertahan 3 Bulan, Mak Wan Enggan Buka Aib Keluarga Bekas Suami

“Saya tak berjanji untuk kata tak berkahwin lagi sebab semuanya perancangan Allah. Cuma buat masa ini memang tidak kerana takut pisang berbuah empat kali.

“Tentang apa yang berlaku tu, dalam bulan Ramadan ni saya tak nak cakap apa-apa, tak nak aib siapa-siapa. Nabi Muhammad pun ada orang fitnah, apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mak Wan berkata dia kini mahu menjalani kehidupan normal dan bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja.

“Apa yang boleh saya cakap, saya sedang menjalani kehidupan yang happy. Sekarang ini pun saya sedang menunggu sebarang tawaran lakonan, selain mahu fokus kepada kehidupan dunia dan akhirat,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan Mak Wan pada 22 Januari lalu berakhir dengan talak satu selepas bekas suaminya itu melafazkan cerai dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Rabu lalu.