fbpx

Beberapa tahun lalu hangat diperkatakan mengenai perceraian pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim.

Timbul pula ‘cakap-cakap’ netizen mendakwa punca perpisahan adalah disebabkan Fizo selalu melebihkan ibunya. Selepas beberapa tahun, Fizo membuka mulut mengenai perkara itu menerusi satu program temu bual Borak Kelamin.

BACA: Sanggup Ketepikan iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Beli Skuter Untuk Ibu Ke Surau

“Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mena-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau belah Mawar.

“Mungkin bila kita ambil pendekatan untuk berdiam diri, jadi keluarlah macam-macam spekulasi. Jadi pada saya tak perlu menjawab, tak perlu saya mengiya atau menidakkan, biarlah benda itu antara rahsia saya dan Mawar.

“Bagusnya saya dan Mawar terus berdiam diri tanpa membuka pekung atau membuka aib mana-mana pihak. Sebab semua orang ada salah semua orang ada kebaikan dia,” katanya.

Fizo berkata ibunya tidak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja hal berkaitan rumah tangganya.

“Mak saya tak pernah campur tangan, jenis yang diam dan tak ambil tahu. Jika kami bergaduh pun mak tak tahu.

“Pada mulanya saya simpan, tapi bila tinggal serumah ni orang tua, dia lebih makan garam, lebih tahu dan syak. Jadi kalau boleh cuba elakkan.

“Macam saya, saya cuba elakkan. Saya tak akan cerita sebab bila kita cerita, kita tengah panas tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.

“Jika nak bercerita atau perlukan seseorang untuk berkongsi sebaik-baiknya biarlah reda dulu, fikir positif. Bileh nak bercerita tapi biarlah sejuk dahulu,” katanya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.