fbpx

Mak Ayah Tak Larat Naik Tangga, Achey Sanggup Ubah Suai Rumah

Baru sahaja membeli rumah idamannya tiga tingkat, pelawak Achey Bocey berkata dia terpaksa mengecilkan ruang parkir rumah barunya itu demi menyediakan ruang khas buat ibu bapanya yang semakin uzur.

Menurut Achey, dia membuat ruang tamu khas serta tandas untuk ibu bapanya supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat paling bawah. Achey berkata kedua ibu bapanya tidak larat untuk menaiki tangga rumahnya.

BACA: Hasil Simpanan 10 Tahun, Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

“Parking yang dulu boleh muat empat biji kereta diubah menjadi dua biji. Sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah.

“Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya itu…buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga… settle!” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Achey turut memuat naik foto renovasi rumahnya itu. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun.

Malah, netizen mengatakan mereka juga berharap suatu hari mampu mengikut jejak langkah Achey serta diberi peluang untuk membahagiakan ibu bapa mereka juga.

Terdahulu, Achey juga berkongsi dia akhirnya berjaya membeli rumah tiga tingkat selepas 10 tahun menyimpan. Malah, Achey berkata dia terpaksa menjual empat buah motorsikal miliknya untuk mencukupkan wang tersebut.