fbpx

Hasil Simpanan 10 Tahun, Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

Selepas 10 tahun menanti, impian pelawak Achey Bocey untuk memiliki kediaman idamannya akhirnya tercapai apabila dia berjaya memiliki sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh Selangor.

Achey berkata dia menggunakan wang simpanan yang dikumpul selama 10 tahun dan untuk mencukupkan wang tersebut, dia menjual empat buah motorsikal miliknya. Menurut Achey, dia dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini.

BACA: Achey Hadiahkan Isteri Periuk Nasi Serba Guna Berharga RM8,000

“Alhamdulillah, 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu. Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah.

“Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal. Bukan beli tunai, masih lagi hutang bank. Berapa harga tu biarlah rahsia tapi biasa-biasa saja, lengkap dan selesa untuk keluarga kami,” mStar Online.

https://www.instagram.com/p/CCumk7wAlaz/?utm_source=ig_embed

Sebelum ini, Achet ada berkongsikan beberapa keping foto hiasan dalaman rumah baharunya selepas proses pengubahsuaian menerusi Instagram miliknya.

Menerusi entri itu, Achey berkata 10 tahun bukanlah tempoh yang singkat untuk kumpul duit membeli rumah impiannya.

Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil seorang anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.