fbpx

Apalah ertinya sehari dalam dunia hiburan Malaysia tanpa adanya gossip yang menjadi makanan ruji anda semua. Eh.

Rasanya untuk gossip kali ini, membaca tajuk entri ini sahaja sudah cukup memadai untuk anda semua meneka siapa gerangan selebriti ini. Jadi, izinkan kami bercerita.

Aktress popular ini khabarnya sekarang sedang berada dalam situasi rumahtangga yang tidak menentu ekoran niat si suami untuk menuntut perpisahan dari sang isteri.

Hidup perlu di’teruskan & selebriti ini hadir ke sambutan hari lahir beliau baru baru ini di sebuah hotel mewah Kuala Lumpur. Aktress ini pada awal’nya tidak tahu menahu akan majlis ini kerana di’uruskan oleh rakan beliau.

Menurut sumber kami yang turut terlibat dalam majlis sambutan itu, rupa rupanya seluruh kos perbelanjaan untuk menjayakan majlis penuh meriah itu datang’nya dari seorang VIP, Dato’ R. 

Dato’ R juga merupakan pencetus idea di’sebalik kek unik pada majlis hari lahir itu yang di’khabarkan bernilai hampir RM1,000. Bertuah badan aktress popular ini. Adakah ini calon pengganti? Eh.