fbpx

Majlis Resepsi Tom, Fuad Rahman Dapat Tajaan RM1 Juta

Sah bergelar suami isteri lapan hari lalu, pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahman hari ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi dengan tajaan bernilai RM1 juta daripada Starvendors.

Memetik Harian Metro, diadakan di di Stadium Pasir Gudang, Johor, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis serta peminat.

BACA: Nikah Di Batam, Tom & Fuad Rahman Sah Bergelar Suami Isteri

Sementara itu, Fuad mengucapkan terima kasih buat Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, yang juga penyanyi Ifa Raziah kerana meraikan mereka dalam acara penuh meriah itu.

“Terima kasih Kak Ifa Raziah dan pasukan kerana meraikan majlis perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niatnya, kami ingin adakan majlis sederhana sahaja. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Fuad dan Tom diijabkabulkan pada 26 Februari lalu dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Pada majlis tersebut, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada Fuad.