fbpx

Nikah Di Batam, Tom & Fuad Rahman Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahmad dilaporkan sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan pernikahan di Batam Indonesia hari ini.

Memetik mStar Online, pengurus kepada Tom yang mengesahkan perkara itu serta memaklumkan pasangan itu memilih untuk disatukan di Batam bagi memudahkan urusan nikah.

BACA: Tom, Fuad Nikah Sebelum Puasa

“Memang rancang nak nikah awal… kalau buat di Kuala Lumpur banyak urusan perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.

“Dalam masa sama ia juga melibatkan bekas isteri Fuad. Jadi untuk mudah, mereka bernikah di Batam. Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus pulang ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Tom mengakui berdebar menjadi isteri serta memaklumkan majlis kenduri mereka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Berdebar ni. Nikah hanya ada keluarga dulu. Nanti lepas raya, sanding saya jemput. Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini,” katanya.

Terdahulu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram sempat berkongsikan gambarnya memakai inai di jari serta memegang sebentuk cincin.

Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005 namun ikatan itu terputus dipertengahan jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara selepas disabit kesalahan mengenai penyalahgunaan dadah.