Nampaknya perbuatan belakang tabir Ashton Kutcher kini menjadi bahan tontonan dunia.

Keluaran terbaru majalah Star bulan ini menyiarkan 17 keping gambar kecurangan Ashton Kutcher bersama seorang gadis yang memang di’kaitkan — Sara Leal.


Beberapa minggu kebelakangan ini, kisah kegoyahan perkahwinan Ashton Kutcher & Demi Moore menjadi isu hangat di Hollywood.

Gambar yang di’siarkan oleh majalah Star ini menunjukkan Ashton Kutcher membawa pulang Sara Leal ke sebuah penthouse di San Diego di ulangtahun perkahwinan Ashton Kutcher & Demi Moore.

Menurut seorang rakan yang di’temubual majalah Star, Sara Leal memang seorang yang suka berseronok dan menjadikan lelaki berdompet tebal sebagai sasaran untuk menyara hidup.



Dengan pendedahan eksklusif ini, rumahtangga Ashton Kutcher & Demi Moore di’katakan semakin hampir dengan penceraian bernilai US$290 juta (RM930 juta). Hamaigad!