fbpx

“Mahukan Isteri Seperti Saya? Semoga Berjaya”

Boleh dikatakan ramai lelaki diluar sana termasuk mengimpikan wanita seperti Mira Filzah dijadikan sebagai isteri. Malah, Mira turut menjadi penanda aras kebanyakan lelaki yang mahu mencari calon isteri.

Bagaimanapun, Mira berkata apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran dan tidak mengenalinya secara peribadi.

BACA: Berseluar Ketat, Netizen Kecewa Perubahan Mendadak Mira Filzah

“Jika ada lelaki menjadikan saya sebagai penanda aras dalam mencari isteri, terpulanglah kepada mereka. Setiap orang ada pandangan berdasarkan apa yang mereka rasa.

“Apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran. Mereka bukan kenal saya secara peribadi, hanya dalam televisyen atau media sosial. Iyalah, apa yang saya tunjuk kepada orang luar bukan seratus peratus diri saya sebenar,” katanya kepada Utusan Online.

Mira memberitahu lelaki diluar sana melihatnya seorang yang lemah lembut membuatkan dirinya mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan isteri tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat tegas dan garang.

“Hakikatnya, saya sebenarnya seorang yang tegas, garang, suka berdikari dan komited dengan kerja. Di sebalik orang nampak saya lembut, saya sebenarnya ada pendirian yang kuat dan tidak boleh diperkotak-katikkan.

“Namun, kalau ada lelaki yang mahukan seorang isteri yang punya ciri-ciri seperti saya, saya doakan semoga mereka dikurniakan isteri solehah yang baik luar dan dalam,” katanya.