fbpx

Berseluar Ketat, Netizen Kecewa Perubahan Mendadak Mira Filzah

Dikenali dengan imej sopan, sejak kebelakangan ini nama Mira Filzah menjadi bualan netizen dan ramai memperkatakan tentang cara pemakaiannya dikatakan tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.

Muncul dengan drama terbaru Sweet Dreams, cara pemakaiannya kian berubah daripada penampilan asal. Foto terbaru yang dimuat naik di Instagram, dimana Mira dilihat mengenakan seluar kulit ketat ternyata mengejutkan netizen.

BACA: Enam Kali Mira Filzah Tampar Muka Zul Ariffin

Malah netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan perubahan mendadak tersebut yang dilihat juh berbeza dengan imejnya dahulu. Netizen mengkritik seluar yang dipakai Mira itu menampakkan bentuk kakinya.

Tidak kurang juga rata-rata netizen mahukan imej Mira dahulu yang lebih sopan dan menutup aurat. Bagaimanapun ada yang mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan pakaian tersebut masih sopan kerana Mira memakai baju labuh.