fbpx

Mahu Selesai Luar Mahkamah, Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana

Jika dilihat kepada perkembangan terkini kemelut rumahtangga Awie dan isterinya Rozana Misbun memang akan berpanjangan selepas perbincangan untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah tidak dilayan oleh si isteri yang mahu terus menegakkan pendirian di mahkamah.

“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”

"Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang," itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang...

Baca Lagi

“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awie kepada Kosmo!.

BACA: Sijil Nikah 9 Tahun Palsu, Isteri Awie Buat Laporan Polis

Mengulas tentang dakwaan yang sijil pernikahan beliau bersama Rozana selama sembilan tahun yang didakwa palsu. Awie mendakwa tindakan Rozana mengangkat perkara itu kini seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin lama.

“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?” tambahnya lagi.

Awie turut menambah yang beliau tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini & memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.

“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie. (rtky/m)