fbpx

Mahu Pakai Serba Putih Di Tanah Suci, Wan Maimunah Reda Jika Tak Kembali

Bakal mengerjakan ibadah umrah pada 1 Disember ini, pelakon Wan Maimunah memohon maaf kepada semua dan reda jika dia tidak lagi kembali lagi.

Memetik Harian Metro, berpeluang mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua, Wan Maimunah berkata jika perkara itu berlaku itu adalah kehendak Allah.

BACA: Wan Maimunah Cari ‘Peragut’ Yang Meragut Rantai Emasnya 20 Tahun Lalu

“Saya susun 10 jari kepada semua, saya mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya. Halalkan segalanya. Kepada anda semua, saya maafkan dan ampunkan.

“Andai kata benda ini benar-benar berlaku, saya takkan kembali lagi. Allah ambil balik hak Dia. Itu semua kehendak-Nya,” katanya.

Menurut Wan lagi, pemergian ke Tanah Suci itu adalah tajaan seorang hamba Allah dan sudah pasti dia tidak akan melepaskan peluang tersebut.

“Orang itu maklumkan bahawa ada hamba Allah ingin menaja saya untuk menunaikan umrah dan dia bertanya, sama ada saya nak atau tidak. Subhanallah. Siapa yang tak mahu dan saya terus menangis,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon itu berkata dia menyimpan hasrat untuk memakai pakaian berwarna putih untuk umrah menjadi tetamu Allah kali ini.

“Kali ini saya nak buat semua warna putih. Nak pakai serba putih di sana. Sebelum ini, saya dah pernah menunaikan umrah dah ada pakai pakaian warna selain putih juga.

“Ada yang bertanya, kenapa perlu beli dan buat pakaian baharu sedangkan sebelum ini dah pernah menunaikan umrah?

“Saya istighfar. Saya cakap, kalau ada kenduri, majlis atau Aidilfitri, kenapa kita boleh buat persiapan mahal, tetapi bukan untuk menjadi tetamu Allah?,” katanya.