fbpx

Mahu Jaga Nama Baik Suami, Tasha Shila Tolak Watak Penggoda

Sangat sinonim dengan watak antagonis dan seroang penggoda, pelakon Tasha Shila berkata selepas mendirikan rumah tangga dia kini lebih selektif dalam pemilihan karakter demi menjaga nama baik suami.

Tasha menafikan tidak mendapat keizinan daripada suami, sebaliknya dia tidak mahu mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan. Ujarnya lagi, dia mahu menjaga batas sebagai seorang isteri.

BACA: Tasha Shila Belum Puas Bercinta Dengan Suami

“Saya cuba elak watak penggoda. Jujurnya, suami tak campur tangan dalam urusan kerjaya.

“Cuma, apabila suami memberikan keizinan, saya kena pandai menjaga diri. Saya juga kena tahu batasan sebagai seorang isteri,” katanya kepada BH Online.

Meskipun sudah berumah tangga dan mempunyai suami untuk bergantung, Tasha berkata bukan bermakna dia boleh hanya duduk di rumah goyang kaki sahaja. Tasha turut meluahkan rasa syukur suami sangat memahami dengan kerjayanya.

“Dari dahulu saya sudah menegaskan lakonan menjadi minat. Sebelum mendirikan rumah tangga, saya memberitahu suami keinginan untuk meneruskan kerjaya seni. Lakonan menjadi satu terapi, ia cara saya meluahkan kepuasan.

“Lagipun, saya mahu merebut peluang depan mata, sebelum dikurniakan cahaya mata. Mungkin selepas ada anak, saya memperlahankan kerjaya seni. Sementara belum ada rezeki, saya akan terus berlakon.

“Suami sangat memahami, malah cepat menyesuaikan diri walaupun kami berbeza bidang. Dia tiada masalah bergaul dengan kru jika saya ada perbincangan. Suami akan cuba menemani saya, malah setiap kali ada penggambaran, suami akan menghantar dan menjemput saya,” katanya.