fbpx

Tasha Shila Belum Puas Bercinta Dengan Suami

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, pelakon Tasha Shila mengakui sering diajukan soalan mengenai zuriat. Bagaimanapun, Tasha berkata dia tidak tertekan tentang soal anak.

Menurut Tasha dia percaya rezeki zuriat itu akan datang apabila sampai waktunya nanti. Ujarnya lagi, tidak tidak terburu-buru menimang cahaya mata memandangkan dia dan suaminya masih dalam fasa bercinta.

BACA: Tasha Shila Gembira Suami Selalu Teman Pergi Kerja

“Bagi saya itu semua Allah yang akan tentukan. Macam jodoh juga. Saya tunggu 33 tahun baru la bertemu. Saya yakin dan percaya Allah akan berikan rezeki itu pada waktu yang sesuai.

“Saya pun tak rasa tertekan dengan pertanyaan soal anak. Lagipun saya dan suami tak bercinta mas baru-baru kenal dulu. Kamai kenal dalam tempoh sebulan dan terus kahwin. Jadi lepas kahwin baru nak bercinta,” katanya kepada mStar Online.

Merancang untuk berbulan madu di Tahah Suci Mekah namun terpaksa ditangguhkan susulan Covid-19, Tasha berkata dia kini dalam fasa yang sangat bahagia bersama suami.

“Sejujurnya saya sangat seronok dapat bercinta selepas kahwin. Memang banyak cabaran dan macam-macam benda baharu yang kami belajar. Ada waktu kena bersabar, tapi Alhamdulillah sangat bahagia.

“Masing-masing tahu tanggungjawab. Kalau bergaduh pun sekejap sahaja. Sebelum tidur mesti akan minta maaf. Kalau ikut perancangan, kami nak berbulan madu di Tanah Suci Mekah,” katanya.