fbpx

“Mahu Fokus Berlakon, Tangguh Dapatkan Anak”

Sembilan bulan mendirikan rumah tangga, Raja Ilya mendedahkan beliau ingin menangguhkan dahulu hasrat untuk menimang cahaya mata dua tahun lagi kerana memberi fokus untuk mengembangkan bakat lakonanya ke luar negara.

BACA: Peminat Pertikai Raja Ilya Kongsi Video Lamaran Kahwin

“Selepas selesai kursus pendek lakonan di Akademi Seni Australia Barat (WAAPA) di Perth, suami memang mahukan saya teruskan karier lakonan. Suami memang beri galakan sepenuhnya untuk saya mencari peluang berlakon di luar negara”

“Saya dan suami juga merancang untuk ke Amerika Syarikat pula pada tahun depan dan pada masa sama mencari peluang berlakon di sana. Saya juga tidak bimbang pada faktor usia yang mencecah 34 tahun sekarang kerana percaya soal rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Kongsi Ilya lagi, kalau diikutkan ibu mertuanya sudah tidak sabar ingin menimang cucu dalam tempoh terdekat. Malah jika dikurniakan rezeki, Ilya memberitahu suami mahukan tiga orang bayi bagi melengkapkan keluarga kecilnya.

Semalam pasangan bahagia itu telah meraikan majlis resepsi di Petaling Jaya bagi meraikan keluarga, sahabat dan media. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis tersebut. (rtky/w)