fbpx

Mimpi Dicabut Nyawa, Nazim Othman Anggap Teguran Lembut Dari Allah

Berkongsi pengalaman menakutkan apabila mimpi dicabut nyawa beberapa kali, Nazim Othman mengakui perkara yang dilaluinya itu memberi kesan besar pada hidupnya serta menimbulkan kesedaran dan keinsafan buat dirinya.

Berkongsikan pengalamannya itu di Instagram, Nazim berkata kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu itu membuatkan dia mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam disebabkan perasaan takut menghantui hidupnya.

BACA: Dua Tahun Menduda, Nazim Othman Sedia Untuk Berkahwin

https://www.instagram.com/p/CBII04zA-Td/?utm_source=ig_embed

“Beberapa bulan lalu, saya mimpi nyawa dicabut. Dah dicabut nyawa, selepas itu hidup semula selepas beberapa saat. Selepas itu, dicabut sekali lagi nyawa ini dan kemudian, saya tersedar daripada tidur.

“Tentunya saya rasa takut pada waktu itu. Rasa seperti benar-benar berlaku. Dan kemudian, saya tak dapat tidur untuk beberapa malam berikutnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nazim menganggap mimpi itu sebagai peringatan untuk dirinya menjadi insan lebih baik di muka bumi ini dan salah satu cara Allah memberi peringatan kepada hamba-Nya.

“Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, tetapi cara saya melihatnya, ia berfungsi sebagai peringatan yang paling lembut dari-Nya untuk saya menilai semula pilihan saya dan cara saya menjalani kehidupan saya.

“Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin,” tulisnya.