fbpx

Maharaja Lawak Mega Kini Kembali Untuk Musim Kedua, Perkenal Hot Seat

Sekitar hujung tahun lalu, Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah salah satu program paling mencuri tumpuan kerana berjaya mengumpulkan barisan pelawak terkenal negara.

Edisi pertama MLM telah berjaya di'juarai oleh gandingan Os & Abon (Osbon) dan program itu kini kembali untuk musim kedua melalui Astro Warna saluran 132.

Maharaja Lawak Mega musim terbaru bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November 2012 ini. Ya, Astro Warna saluran 132.

Menariknya, walaupun barisan peserta MLM kali ini masih belum di'umumkan lagi, peminat sudah boleh mula mengundi 27 calon peserta untuk menduduki kerusi panas (Hot Seat).

Anda boleh mula mengundi peserta kegemaran anda bermula jam 6.00 petang hari ini sehingga 17 September nanti melalui laman web rasmi Maharaja Lawak Mega.

zp8497586rq