Vokalis kumpulan rock terkenal era 1990-an, Mael XPDC atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan monoacetylmorphines seberat 0.06 gram.
BACA: Zuar XPDC Selebriti Terkini Sertai PAS Sebagai Ahli Seumur Hidup?
Melaui BH Online, Mael membuat pengakuan itu sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab. Dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar,31 dan Razali Shapie, 43, turut membuat pengakuan tidak bersalah, manakala seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, 39, mengaku bersalah.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Chairil Anwar bagi pertuduhan pertama dan sembilan bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman dijalankan serentak. Ketiga-tiga tertuduh pula diperintahkan menjelaskan wang jaminan RM8,500 setiap seorang dan 3 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. (rtky/s)
Gambar Ihsan: BH Online