fbpx

Zuar XPDC Selebriti Terkini Sertai PAS Sebagai Ahli Seumur Hidup?

Gambar di’atas di’rakamkan oleh salah seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan di’hantar melalui Facebook group yang beliau sertai.

Beserta dengan gambar ini, pemuda bernama Mustaman ini menulis;

“Zuar dari kumpulan XPDC sudah pun bersama PAS, sebilangan artis artis rock tanah air juga bersama menyokong & menjadi ahli seumur hidup, anda bila lagi?”

Thanks but no thanks, kami hanya mahu tahu perkembangan Zuar XPDC. Ini laman hiburan penuh maksiat, kita tinggalkan fahaman politik kita masing masing dalam laci.

Menurut satu sumber dalam dunia hiburan, penampilan Zuar XPDC sejak akhir akhir ini menampakkan perubahan & beliau di’katakan lebih banyak menghabiskan masa di masjid sekitar Kuala Lumpur.

Perubahan yang bagus, untuk sesiapa pun sebenarnya. Cuma kami lebih suka cara Sham Kamikaze & Iwan Dangdut yang berubah tanpa melibatkan mana mana parti politik. Pendapat RM0.02 kami sahaja. Peace out!