fbpx

Siapa sangka, baru sahaja menghasilkan filem pertama namun sudah mendapat tontonan ramai. Malah, filem Mael Totey The Movie yang hanya dibintangi empat pelakon OKU itu berjaya meraih RM2.56 Juta dalam masa 4 hari tayangan.

Menghasilkan filem dengan duit dari hasil titik peluh sendiri, YouTuber Syahmi Sazli tidak menggunakan dana daripada mana-mana pihak serta tiada barisan pelakon ternama di dalam filem berkenaan.

BACA: Syahmi Sazli Kecewa Ada Yang Tonton Mael Totey The Movie Secara Haram

Tempoh tayangan filem itu masih panjang dan pastinya kutipan filem itu bakal meningkat lebih tinggi lagi, nampaknya Syahmi Sazli kini mampu duduk sebaris dengan penerbit dan pengarah bergelar jutawan di Malaysia.

Lebih manis, kejayaan itu diraihnya ketika negara dilanda pandemik covid-19 di mana ramai penonton takut ke pawagam dan tidak sebagaimana kebiasaannya.

Terdahulu, Syahmi meluahkan rasa kesal apabila filemnya itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan secara haram.

Menerusi Instagram, Syahmi ada memuat naik paparan skrin mesej daripada individu yang mengakui menonton filemnya secara haram. Individu tersebut memohon maaf kepada Syahmi dan menyesali akan perbuatannya itu.