fbpx

Syahmi Sazli Kecewa Ada Yang Tonton Mael Totey The Movie Secara Haram

Baru sehari filem arahan YouTuber Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie ditayangkan namun sudah berjaya mengutip sebanyak RM700,000 meskipun tidak menggunakan barisan pelakon terkenal.

Akui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima, bagaimanapun Syahmi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila filemnya itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan secara haram.

“Memang tak jangkakan dapat sambutan sebegitu memandangkan filem itu menggunakan barisan pelakon tak ada nama dalam industri dan tak pandai berlakon.

“Walaupun filem itu dikira berjaya pecah tradisi tapi sejujurnya saya rasa terkilan dengan segelintir pihak tidak bertangungjawab menyebarkan filem itu secara haram,” katanya.

Menerusi Instagram, Syahmi ada memuat naik paparan skrin mesej daripada individu yang mengakui menonton filemnya secara haram. Individu tersebut memohon maaf kepada Syahmi dan menyesali akan perbuatannya itu.

Kata Syahmi lagi, dia berharap agar orang ramai menghormati dan menghargai usaha kerasnya serta seluruh warga kerja filem tersebut terutama barisan pelakon istimewa yang membintangi karya tersebut.

“Setidak-tidaknya, kasihanlah kepada barisan kru dan pelakon istimewa yang bekerja keras menghasilakn yang terbaik. Merkea bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahmalam.

“Filem ini saya hasilkan dengan duit dari hasil titik peluh saya sendiri tanpa menggunakan dana daripada mana-mana pihak. Saya berhasrat nak beri bonus kepada seluruh tenaga kerja jika filem ini dapat keuntungan, tapi kalau anda cetak rompak macam mana nak dapat untung,” katanya.