fbpx

Umum mengetahui pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF).

Semalam, Achey memaklumkan rawatan tersebut tidak berjaya selepas isteirnya menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan pada awal Disember ini.

BACA: Rawatan IVF Tak Berjaya, Achey Pujuk Isteri 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri Achey iaitu Hanasah atau lebih mesra disapa Anne menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya yang menjadi tulang belakangnya serta memberikan kekuatan padanya.

Anne turut menghargai pengorbanan suaminya yang menjaga keluarga serta mencari rezeki buat mereka. Lebih sebak apabila Anne memohon maaf kepada suaminya kerana belum ada rezeki buatnya memberikan zuriat serta tidak akan putus asa untuk berusaha.

“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya,jaga anaK, bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak-banyak. Jaga saya time sakit. Saya hargai sangat-sangat. 

“Maafkan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya.

Perkongsian Anne itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen berharap agar dia terus sabar dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat.