fbpx

Rawatan IVF Tak Berjaya, Achey Pujuk Isteri 

Umum mengetahui pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.

Terbaru, Achey memaklumkan rawatan tersebut tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan pada awal Disember ini.

BACA: Proses Masukkan Embrio Matang Ke Tubuh Isteri, Achey Mohon Doa Orang Ramai

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Achey berkongsikan mengenai perkara itu serta reda belum lagi dikurniakan rezeki cahaya serta berharap isteirnya terus kuat.

“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.

Dalam video dikongsikan, Achey dilihat menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda selepas menerima perkhabaran tersebut.

Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kuat serta tidak putus asa.

Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.