Pempengaruh media sosial Abang Tesla memuat naik video memaparkan suami kepada Umisya Mazlan iaitu Aslam membeli tiga unit iPhone 17 Pro Max.
Menerusi video dikongsikan, Abang Tesla menghantar telefon berkenaan kepada Aslam di sebuah restoran dan sempat mengusik suami kepada Marissa Dania itu.
BACA: “Sehina Dia Di Mata Puan, Aslam Tak Pernah Aibkan Marissa & Puan”
“Bukan biasa-biasa…baru keluar terus rembat tiga biji iPhone 17 Pro Max,” usik Abang Tesla.
Dapat dilihat Abang Tesla menyerahkan dua unit telefon kepada Aslam dan Umisya. Turut menjadi perhatian Aslam sempat meminta sat lagi unit telefon berkenaan.
“Aku ingat Aslam nak dua je. Lupa, ada dua rumah,” katanya.
Terdahulu, nama Marissa hangat diperkatakan apabila bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.