fbpx

Lufya Omar Titip Nasihat Buat Pasangan Bercerai

Kemelut rumah tangganya masih tiada kesudahan lagi, namun Lufya Omar tetap meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak tunggalnya, Laana Haura yang tahun ini bakal mamasuki usia 2 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki untuk membesarkan anaknya. Katanya lagi, anaknya itu membesar dengan baik dan sangat memahami keadaannya.

BACA: Lufya Omar Tak Mahu Anak Jadi Artis

Lufya sempat menitipkan nesihat buat pasangan diluar sana yang berpisah tentang pentingnya tanggungjawab mereka terhadap anak masing-masing. Malah, Lufya turut meminta agar dijauhkan rasa dendam kerana kebahagiaan anak-anak adalah lebih penting.

“Satu nasihat untuk pasangan yang berpisah di luar sana. Anak adalah harta dan tanggungjawab besar yang Allah kurniakan untuk anda.

“Jauhkanlah perasaan dendam dan selfishness dalam diri. Ur selfishness doesn’t make u a ‘rich’ in happiness. Cepat atau lambat kifarah will be waiting for u,” tulisnya.

Tahun lalu, rumah tangga Lufya menjadi perhatian apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya sedangkan sebelum ini suaminya pernah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.