fbpx

Lufya Omar Tak Mahu Anak Jadi Artis

Kemelut rumah tangganya masih tiada kesudahan lagi, namun pelakon Lufya Omar tetap meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak tunggalnya, Laana Haura kini berusia 2 tahun.

Menurut Lufya dia menaruh harapan besar terhadap anaknya dan mahu membesarkannya dengan ilmu agama agar dapat menjadi seorang insan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

BACA: Masih Isteri Orang, Lufya Terima Beratus Mesej Dari Lelaki

Kalau dah bergelar selebriti, ada yang tidak kisah jika anak mereka bakal mengikut jejak langkah mereka suatu hari nanti. Namun, menurut Lufya bukan populariti yang dicari tetapi pendidikan dan ilmu agama adalah lebih penting.

“Saya tidak mementingkan populariti buat anak saya, apa yang lebih penting adalah pendidikan dan ilmu agama.

“Saya mahu dia jadi seorang anak yang berpendidikan dan mengetahui tentang ilmu Islam, kalau boleh, saya mahu dia jadi seperti tokoh ilmuan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

“Soal populariti itu akan datang sendiri, jika dia popular maka namanya tetap menjadi tumpuan ramai,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia kini sedang dalam proses mendalami kitab suci Al-Quran untuk memperbaiki diri dan memberi bimbingan kepada anaknya.