fbpx

Lufya Omar Pelik Suami Tak Mahu Bercerai

Nampaknya kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, semalam.

Malah, Lufya turut terkejut serta keliru dengan pendirian suaminya yang menolak untuk bercerai sedangkan sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

BACA: Suami Mohon Lufya Omar Berhenti Berdrama

“Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.

“Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai keputusannya itu namun dia mengatakan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah,” katanya.

“Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan ini diperintahkan untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. JKP akan bertindak untuk menasihati dan mencari jalan penyelesaian kemelut rumah antaramereka berdua.