Lufya Kagum Dengan Sharnaaz, Sanggup Buang Ego Demi Anak
Hampir setahun kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, perkahwinan Lufya Omar akhirnya sampai ke titik noktah apabila Dr Che Muhammad Hafiz mengesahkan mereka sudah pun bercerai pada 17 Jun lalu.
Mendakwa bekas suaminya sudah hampir setahun lebih tidak berjumpa anak perempuan mereka, Lufya mahu Dr Che Hafiz mencontohi Sharnaaz Ahmad yang tetap bertanggungjawab meskipun berlaku persengkataan dalam rumah tangganya.
BACA: Lufya Omar Sebak Kenang Nasib Anak Membesar Tanpa Bapa
“Saya petik nama Sharnaaz, sebab sikapnya yang sangat positif. Dia sanggup buang ego demi anak. Saya sentiasa izinkan dia (Hafiz) untuk berjumpa anak kami, tetapi dia yang tak mahu datang ke rumah.
“Padahal saya sudah maklumkan kepadanya, kalau tak nak jumpa di rumah, boleh ke kawasan ‘club house’ yang ada menyediakan perpustakaan serta taman permainan,” katanya kepada Harian Metro.
Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia, Lufya bagaimanapun tak mampu mengelak rasa bimbangnya mengenai mada depan anaknya, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
“Saya bahagia tapi bila sentuh pasal anak, ia melemahkan hati seorang wanita. Saya harap, semua dapat doakan supaya dia (bekas suami) bersetuju untuk berbincang dengan baik.
“Saya nak pergi Umrah bawa anak pun tak boleh kerana isu rumah tangga kami dan itu membuatkan saya berfikir banyak perkara,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya turut menasihati bekas suaminya supaya boleh memilih kawan-kawan yang boleh membawa ke arah kebaikan.
“Kawan-kawan yang baik adalah rakan yang akan menasihati kita supaya melakukan perkara-perkara baik. Bukannya, mereka beri nasihat yang tidak sewajarnya dan bawa pula ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
x payah le engko cerita masaalah2 rumahtangga….setakat nak perli2 mcm makcik bawang nmpk ko yg x klasss
Dah terjangkit wabak Rita Spender ke ni huh?
shooo shweettt bole wat drama adaptasi terbaharu… sharnaaz mohon dtg menjelma kan diri lufya yg beautiful wangi dan shomel sebut nama youu..mungkin kah ini bakal menemui kebahagiaan akhirnya. suka tgk baby lufya comel sgt. anak sharnaz pun kiut boy tembam rasa nak cubit pipi dia. baby doakan you allz menemui cinta sejati jua nnti.
Nk suh produser2 drama gandingkan dia dgn si nanas tu la gamaknya kt…
Elok la dua2 kaki sembang kari dlm medsos tu sapa nk amik tahu kesah ko…ramai lgi yg cerai dediam je jga aib ok jer.
Dah ko bukak telanjangkan aib somi lps tu nk harap laki ko dtg jenguk? Mmg x lah dek lain kali pikir kesan jangka panjang. Lelaki kalu dah start meluat ko faham2 sendiri lah yer?
Koser lahhhh!!!! boleh x Retis msia kalu cerai dok diam2 x pyh pukul canang ..setel antara korng je x perlu over heboh2..lg kecoh lg buat netizen nyampah., netizen msia kn sadis?