fbpx

Ludacris Umum Kerjasama Dengan YG, Perkenal Produk Audio Mewah

Hollywood nampaknya semakin berminat dengan dunia hiburan Korea Selatan.

Terbaru, Ludacris mengumumkan kerjasama dengan YG Entertainment untuk memasuki pasaran K-Pop.

YG Entertainment merupakan syarikat hiburan bernaungnya artis K-Pop popular seperti 2NE1 & Seven.

Namun kerjasama YG Entertainment & Ludacris lebih kepada untuk membawa imej, muzik & identiti Ludacris ke pasaran hiburan Korea Selatan berbanding sebaliknya.

Kerjasama pertama mereka adalah untuk membawa produk audio mewah yang mempunyai jenama Ludacris, Soul by Ludacris ke pasaran Korea Selatan tidak lama lagi.

“Saya gembira dengan kemunculan headphone berjenama saya dalam pasaran Korea dan Korea Selatan merupakan negara yang saya ingin lawat sekali lagi,” kata Ludacris kepada media.

YG Entertainment mengesahkan yang kerjasama antara mereka akan berterusan dengan membawa muzik Ludacris ke pasaran Korea tidak lama lagi. via allkpop