fbpx

Luahan Hati Anak Sham Visa Buat Netizen Sebak

Hampir 15 tahun menyepikan diri, populariti Sham Visa melonjak naik sebaik sahaja menyertai program realiti Gegar Vaganza 2019. Baru-baru ini, anak Sham Visa iaitu Shakir Zafran tampil berkongsi isi hatinya mengenai bapanya yang menyentuh hati netizen.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, bapanya sanggup meninggalkan dunia seni demi keluarga serta berkorban untuk membesarkan anak-anak. Menurutnya lagi, tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa besar pengorbanan bapanya itu.

BACA: Sham Visa Terima 1,000 Mesej Setiap Hari Dari Isteri Orang

https://twitter.com/mochizafran/status/1191317294665748480?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1191317294665748480&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gempak.com%2Fartikel%2F28561%2Fdia-korbankan-kerjaya-demi-membesarkan-saya-curahan-hati-anak-lelaki-sham-visa-bikin-netizen-tersentuh

“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.

“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya.

Status Twitter tersebut sekaligus menjawab persoalan mengenai status keluarga Sham yang sering menjadi tanda tanya di kalangan netizen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Malah, ramai yang berkata anak-anaknya beruntung kerana memiliki bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.