fbpx

Sham Visa Terima 1,000 Mesej Setiap Hari Dari Isteri Orang

Hampir 15 tahun menyepikan diri, namun populariti Sham Visa melonjak naik sebaik sahaja menyertai program realiti Gegar Vaganza 2019. Usia mencecah 47 tahun, Sham masih lagi kelihatan segak, malah ada yang memberikan gelaran Tony Stark Malaysia.

Terbaru, Sham mengakui ada menerima lebih 1,000 mesej di Instagram setiap hari dan majoritinya daripada isteri orang, bagaimanapun, Sham menafikan ada menerima mesej berbaur lucah.

BACA: Kool, Naqiu Boboy, Sham Visa Antara 13 Peserta Gegar Vaganza 6

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menerima apa-apa mesej atau gambar berbaur lucah. Kebanyakan mesej yang dihantar peminat adalah untuk mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan apabila saya kembali aktif,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya lagi, baru saja dua minggu membuka akaun Instagram, pengikutnya melonja lebih 35,000. Dalam pada itu, Sham berterima kasih kepada peminatnya yang meminatinya kerana bakat dan menghomati statusnya sebagai suami orang.

“Kebanyakan peminat saya sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka menjaga batas dan saya sangat berterima kasih,” katanya.