fbpx

“Low Class Kalau Lelaki Cuma Ada Seorang Isteri”

Minggu ini kecoh mengenai Da’i Nik Farhan yang mengumumkan sudah pun berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Mekah, kemudian menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil menerusi WhatsApp.

Malah, isteri baru pendakwah tersebut dikenali sebagai Dr. Erin mendedahkan ini perkahwinan kali ketiga dan tidak menyangka akan berkahwin dengan Da’i Farhan sedangkan ketika itu dia mengerjakan umrah dengan caloh suami lain.

BACA: Da’i Farhan Lega Bercerai, Hati Rasa Bahagia

Di media sosial, hangat diperkatakan mengenai pendakwah tersebut. Tular satu kenyataan Da’i Farhan dalam satu temu bual baru-baru ini yang mengundang kemarahan netizen dimana jika di Tanah Arab, lelaki yang beristeri satu dianggap ‘low class’.

https://twitter.com/ezymeera/status/1202611002736398336?s=12

Ujarnya lagi, jika kita di Malaysia orang akan bertanyakan berapa orang anak, namun di sana mereka akan bertanya berapa orang isteri. Da’i Farhan berkata, dia ada bertanya pada gurunya di sana dan mereka akan galakkan poligami.

“Kalau ditanah Arab, kebiasaan lelaki disana bernikah lebih dari satu dan lelaki yang beristeri satu adalah low class. Kalau kita di Malaysia orang akan tanya anak berapa. Disana mereka akan tanya berapa orang isteri.

“Alhamdulilah kehidupan saya dengan lapan anak dengan isteri kedua yang sangat caring amat bahagia. Anak-anak memang welcome dengan papa mereka,” katanya.