fbpx

Da’i Farhan Lega Bercerai, Hati Rasa Bahagia

Sejak semalam status rumah tangga Da’i Nik Farhan menjadi bualan ramai apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Menerusi satu kenyataan, Da’i Farhan berkata dia sudah membuat solat istiharah selama seminggu sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan talak ke atas isteri, Fatin Nurul Ain. Malah, turut rasa bahagia apabila melafazkan cerai tersebut.

BACA: Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Da’i Farhan

Da’i Farhan turut mendakwa bekas isterinya itu memutar belit cerita mendakwa dia telah dipukul dan dikurung sebelum diceraikan sedangkan bekas isterinya itu mencederakan diri sendiri dengan memukul pintu bilik sekuat hati.

“Bermula denga kisah di satu malam, saya mengambil telefon bimbitnya untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya.

“Rancangan jahat serta komplotnya dalam meraih simpati netizen kononnya dia adalah mangsa penganiayaan. Dia pukul pintu bilik sekuat hati selama 15 minit sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami,” katanya.

Dalam pada itu, Da’i Farhan meminta netizen untuk menilai sendiri penjelasannya itu sebaiknya. Malah, Da’i Farhan menganggap perpisahan ini adalah satu keputusan yang membahagiakan.

Difahamkan posting itu dimuat naik menerusi Instagram Da’i Farhan sebelum memadamnya semula atas sebab tertentu.