Kurang dari 96 jam dari sekarang, Farid Kamil & Diana Danielle dengan izin Tuhan akan bergelar suami isteri dan ini antara perkahwinan paling di’tunggu peminat hiburan.
Malam tadi, secara eksklusif Farid Kamil muncul seorang diri di program terbaru Astro, Meletop yang di’kendalikan oleh Neelofa bersama Nabil Raja Lawak. Awesome ‘kan?
Menjawab soalan tentang lokasi bulan madu mereka berdua selepas berkahwin, Farid Kamil berkata yang beliau memasang hasrat untuk membawa isterinya ke tanah suci Mekah.
“Memang niat saya untuk bawa (Diana Danielle) ke tanah suci Mekah selepas kahwin & mungkin selepas itu barulah destinasi percutian lain,” ujar Farid Kamil semalam.
Diana Danielle yang di’hubungi menerusi telefon dalam program siaran langsung itu ada menafikan yang beliau ingin berhenti berlakon sepertimana yang di’khabarkan sebelum ini.
Mengulas tentang rancangan Diana Danielle untuk menyambung pelajaran di Australia, Farid Kamil berkata yang beliau memang menggalakkan niat murni bakal isterinya itu. Aww.