fbpx

LMFAO Berpecah Selepas Enam Tahun

Nampaknya parti mereka berdua tidak berpanjangan apabila duo popular ini mengambil keputusan untuk berpecah selepas enam tahun bersama, lebih kurang.

Anggota LMFAO, Redfoo memberitahu kepada media yang beliau dan Sky Blu mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara untuk menumpukan kepada minat masing masing.

Redfoo & Sky Blu yang mempunyai pertalian darah ini telah bersama sebagai LMFAO semenjak enam tahun yang lalu dan tiba masanya untuk mereka membuat haluan sendiri.

Buat Redfoo, berita terbaru ini bukan sahaja bermakna beliau mampu merakamkan muzik secara solo tetapi juga kembali menumpukan minat beliau terhadap sukan tenis.

Beliau kini sedang melatih seorang pemain junior, Ayaka Okuno selain bercadang untuk mempunyai jenama pakaian tenis dan juga menaja pertandingan tenis di Las Vegas.

Bercakap tentang muzik solo, Redfoo berkata yang album dan lagu terbaru beliau tidak akan lari dari konsep yang pernah di’bawakan LMFAO sebelum ini. – EW