Lisdawati Sudah Pun Maafkan Sharnaaz Ahmad, Tidak Kisah Berlakon Sama
Sejak balik dari menunaikan umrah Mac lalu, Lisdawati ketika ditemui di majlis pelancaran hlive! Astro petang semalam dilihat semakin berseri menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka akan lahir hujung bulan ini.
Walau menempuh pelbagai ujian dan kontroversi sepajang awal tahun ini, dia bersyukur masih diberi rezeki yang tidak putus dari Allah Swt. Malah sudah menandatangi beberapa kontrak selepas habis proses pantang nanti.
Ditanya tentang susulan kes yang melibatkan Sharnaaz Ahmad, jelas Lisdawati, dia sudah pun memaafkan Sharnaaz Ahmad.
“Syukur alhamdulillah selepas balik umrah, I sangat tenang. Rezeki pun tak putus. I dah cuci semuanya di Mekah. I dah berdoa dan dah maafkan semuanya. I dah taknak ada apa-apa agenda lepas ni dan taknak ada sebarang cerita dan serahkan pada Allah yang selebihnya”
Namun lain pula khabarnya apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi telah mengeluarkan statement menunggu surat saman dari Sharnaaz Ahmad.
Respon Lisdawati pada soalan tersebut, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan pihak lelaki. Apa yang penting, dia dan suaminya, mereka tidak mahu memanjangkan kisah pergaduhan yang dah berlaku sebelum ini. Lisdawati sendiri terbuka jika Sharnaaz mahu berjumpa dengannya.
Jika ditakdirkan mereka digandingkan bersama dalam lakonan, bagi Lisdawati sebagai seorang pelakon perkara tersebut tidak memberi masalah kepadanya.
“Tiada sekatan untuk berlakon sama balik. Industri ni kecil. I tak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tak pernah create musuh. Cuma I minta maaf kalau ada yang tak suka kat I. jika ada yang tak puas hati dengan I, datang jumpa dan beritahu. I manusia biasa. Kita ceriakan hidup dan positif kan fikiran,” tambahnya lagi. (rtky/bsr)
Elok le..bg cuci tu mulut,jgn ckp pki lpas je.pas tu tgo lki awk bljr control baran tu ckit.pgi sma2 umrah tp yg tenang nye awk.psangn publisiti kntroversi saman mnyaman.
alah tu takut laa tu. sebelum pegi umrah kemain pung pang pung pang sangat statement tu. laki bini sama naik. ni bila orang tu dah kata nak face to face, haa tau pulak terhegeh hegeh cakap dah maafkan laa tak nak masuk campur laa bagai.
anyway, setuju dengan samdol,
Dh pegi umrah tpi maih tnggu surat saman sharnaaz. Baik x pyah ckp dh maafkn sharnaaz. Setahu aku org mcm sharnaaz tu x kn buat org kalu org x vuat die dulu.
SYABAS LISDAWATI !!… semoga anda menjadi ummah yang sentiasa berusaha untuk menjadi baik dari semalam… think positif live positif!.. biarkan komen2 negatif yg tak senang dgn kehidupan bahagia anda.
Korang dengki sangat pehal. Mentamg2 die tue, si sharnaaz tu mude. Bluek!
tulaaa cakap x serupa bikin..sblm g ummrah ckp to la..si pozi to kemain cakap lebat…
last2 tgk sapa yg salah???ko je yg meroyan lebih…
dia yg mulakan…dia yg tamatkan….apepun mas ttp x suke kak long :p
Mengada dia ni kaki gaduh…. byk artis tk sukadia tk tahu dhla campuran indon jgn nak perasanla lisda… dpt laki mata keranjang…
gaduh sane gaduh sini, disebabkan mulut suka ckp lepas…ambil lah pengajaran..lbih baik diam dr ckp yg kite blum tentu org bleh accept..walaupun niat kiter nak bergurau
Setahu aku org mcm si sharnaaz ni klu org x kcau dia x dernya dia gla nk sound2 org..klu org kcau dia ambk korng sorng sbijik!!!..