Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri, Lisa Surihani dan juga Yusry KRU kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Yusry melalui muatnaik gambar di akaun Instagram miliknya.

BACA: Yusry KRU Kongsikan Gambar Terbaru Anak

8-lisa-surihani-yusry-kru-bakal-timang-anak-kedua-rotikaya

Melalui perkongsian Yusry itu, dia menyatakan rasa syukur dan juga teruja untuk menyambut kehadiran insan baru. Malah Yusry juga sempat menyatakan harapan buat anak pertama mereka, Yahaira Leanne agar menjadi seorang kakak yang penyayang.

Berita gembira tersebut ternyata memberi kejutan kepada peminat mereka malah dalam masa yang sama, pasangan ini turut menerima ucapan tahniah tidak henti henti selain ada yang sudah tidak sabar menanti kehadiran adik Yahaira.

Apa pun, semoga segala persiapan mereka berjalan lancar. Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar kesihatan Lisa sentiasa dalam keadaan baik sepanjang dalam tempoh hamil. (rtky/s)