fbpx

Lisa Surihani Sahkan Hamil

Dalam sidang media pelancaran trailer Cicakman 3 malam ini, salah seorang pelakon utamanya Lisa Surihani mengesahkan yang beliau kini sedang hamil. Beliau turut berkata sebelum ini beliau tidak mahu menghebahkan perkara ini kerana masih di peringkat awal kehamilan.

BACA: Lisa Surihani Enggan Komen Lanjut Khabar Angin Kini Hamil

Dalam temubual bersama media, suaminya Yusry KRU turut menepis kata kata orang luar yang mengatakan mereka berselindung dalam isu kehamilan ini kerana terikat dengan kontrak eksklusif bersama stesen TV tertentu.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” ujar Yusry KRU.

Lisa Surihani dan Yusry KRU berkahwin pada Februari 2012. Tahniah buat pasangan ini! (rtky/m)