fbpx

Lisa Surihani Mohon Doa Untuk Kekal Bertudung

Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, nampaknya Lisa Surihani tampil dengan imej bertudung. Tidak mahu mengumumkan secara jelas, Lisa menganggap keputusan untuk bertudung terlalu peribadi buatnya.

BACA: Lisa Surihani Berazam Mahu Khatam Quran Bulan Puasa Ini

“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu”

“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini”

Mengakui sebagai insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, Lisa berharap dengan perubahan ini beliau dapat membuka lembaran baru dalam hidupnya agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

“Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa. Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan”

“Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah,” katanya. (rtky/w)